Sunday, October 17, 2010

Cinta pertama! kisahnya ...?

Salam ...



    cinta? takda orang tak mengetahui apa itu cinta! tak ada orang yang tidak pernah merasakan cinta! apatah lagi kalau cinta pertama a.k.a cinta monyet! kan? cinta adalah suatu perasaan syg yang bersatu dalam dua jiwa itu. ianya kepercayaan, keikhlasan , kejujuran ... dan bukan nya penipuan! dalam cinta pertama, memang semua melalui kisah yang sama. baik dari cinta pertama atau kedua atau ketiga atau keempat atau ........ bnyak lagi! nak tahu apa dia? teruskan membaca ... ahakz!

ini semua melalui pemerhatian keyrill. bahkan keyrill sendiri yang melaluinya. thats mean, berdasarkan pengalaman. firstly, mesej or call. itu memang penting dalam bercinta. tidak mesej atau call, terus salah faham. malah dikatakan tidak sayang lah, apalah ... isk! terutamanya perempuan. lelaki pun ada gak. tidak salahkan perempuan seratus peratus. tetapi itulah kenyataan. itulah cinta zaman sekarang. nak amik jalan mudah aje. korang mesti pernah lalui perkara yang sama, kan? no wonder lah ...

kedua, sanggup berbuat apa sahaja demi orang tersyg. nak contoh? contohnya ... sanggup jalan kaki ke kedai topup untuk isi kredit hp. isk2! ... hebat betul cinta mamat ni! hahaha ... yelah tu! memang, demi cinta sanggup berbuat apa sahaja, sampai dia lupa sekelilingnya, betul tak?

ketiga, dating! ha ... ni lagi best. ahakz! di mana2 sahaja berada mesti ada bersama2, berjalan berdua2an. duduk berdua2an. memang tidak ingin jauhlah! ini bahaya. janji jangan tidur berdua2an sudah! bahaya, kan? ha .. faham2lah kenapa bahaya tu! kalau si lelaki bawa pergi dating, kadang2 bermacam2 alasan diberikan, begitu juga dgn perempuan, sama jer! 

okeylah, itu aje dari keyrill. semuayang ditulis adalah berdasrkan daripada pengalaman keyrill sendiri dan yang keyrill sendiri nampak. huhu ... sebenarnya bnyak lagi yang ingin ditulis, tapi mata dah nak terlelap ni ... adoi!

4 comments:

tengkorakemas said...[Balas komen ini]

betul point2 ko..time bercinta semua sanggup, dah kahwin nanti..mcm2 alasan..

kalau jarang berjumpa nanti dikatakan tak take care, jarang mesej or call, tak take care..kalau sibuk?berpada-padalah bercinta

tup2, ada lelaki lain masuk line..hati mula berubah..jwbnya, "dia lebih take care saya" wth

Keyrill Eduardo Willeyhem said...[Balas komen ini]

@ tengkorakemas : hahaa..hebat gak otak ko ni ek...heheh...sokong sangat2lah apa yang kau bagitau tu, tulah, nak sangat bercinta! isk2...tak ketinggalan aku ni..ahakz!

tengkorakemas said...[Balas komen ini]

@ Keyrill

haha berpada-padalah bercinta, mcm yg aku pernah ckp, better live your life first, nanti kalau ko fokus cinta life takde, takut kalah dgn lelaki lain yg lebih berjaya

Keyrill Eduardo Willeyhem said...[Balas komen ini]

@ tengkorakemas : yeah! thats right, bro....hahaha...thnks!