Wednesday, November 3, 2010

Mencari Identiti Blogger Yang Hilang

salam ...






"Once you have been tag , you are supposed to write a note with 25 random things , facts , or goal about you . In the end , choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you , its because I want to know you more."


    adoiyai, sebenarnya, rasa malas nak buat entry ni. ha ... kenapa? huhuhu! bukan apa, tngah study, lagipun, minggu nih, minggu exam so, rasanya, kena fikir bnyak2 plak! ahakz! tapi, demi kawan, so, aku kena buat gak ... kan kan kan!


keyrill di-tag oleh dua orang blogger yang memang sahabat baiklah! hehehe ... yang lain pun sama gak, kawan baik gak, kan? ha ... firstly, yang tag keyrill Afizz a.k.a Memori Seorang Muda then, di-tag pula oleh Bro Tengkorakemas ... hehehe! macam saudara-mara plak! kalau sudi tu, awatlah blog dorang ek! hehehe ... promot jap! ahakz!


so, korang nak tahu kan 25 fakta yang memang berkaitan dengan hidup aku! jngan usik pasni tau! huhuuh ... ngeeek! ha, dah macam kerja rumah plak ni! 25 aje tau!


1. Nama sebenar aku Augustine dalam nama Kristian, nama Augustine ialah nama Paderi, so ... baik untuk menjadi pendidik ... ahakz! tapi, kat alam maya, guna nama Keyrill, sesuai gak kan? ahakz! membebel aje! hisk!


2. erk? umor? muda lagi, keyrill ni berumur 16 tahun ek, jngan salah anggap! jngan fikir keyrill ni 20++ ... ha, bukan apa, bnyak yang kata keyrill ni 20 or something! isk2 ... jauh panggang dari api!


3. anak paling bongsu! hahahah .... jngan tak caya!


4. ni lagi satu, keyrill study kat Sekolah Menengah Teknik, Kuching okay, bukan dah bekerja! isk3 ... muka keyrill ni macam muka orang dah bekerja ek? huhuh ...


5. kat sekolah, amik jurusan Katering! best ... tapi kalau tak tahan dengar harimau mngaum, baik blah awal2 ...


6. seorang yang berjiwa lelaki jambu! ha ... jngan gelak! betul ni ... jiwang karat! hahaha


7. nak study sampai ke menara gading, dalam kelas tido!


8. pemarah! ha ... kalau aku xde mood, jngan menjolok tebuan ek, kena nanti! huhuhu ...


9. suka kacau perempuan! wah ... ini mesti! best gak kacau perempuan kan! hahha ...


10. agak pemalu! aik? biar betul? ha ... mesti korang tak caya sebab dalam dunia maya, keyrill nampak berani and ceria aje. tapi dalam kehidupan sebenar, payah nak bercakap! ha ... diam2 ubi berisi tau! kalau korang memang dah kenal and rapat ngan keyrill, no problem ... korang dah tahu keyrill ni macam mana! ahakz!


11. tidak suka apabila ditipu! ha ... semua orang mempunyai identiti yang ini! bohong kalau xde, itu lupa tulis aje! ahakz! siapa suka ditipu kan? 


12. romantik. ada gaklah romantik tu. hahahh ... haish! amacam? jngan plak terus suka! hehehe ... xmo! bukan sekarang k, keyrill nak fokus study dulu, kalau dah kerja or something nanti, ha ... okey jer! ahakz!


13. suka tido dalam kelas buat peta dunia atas buku! hahahah ... kantoi!


14. boros! ha ... ini point bagus untuk menghalau perempuan dari jatuh hati kat keyrill ... hahah~! keyrill ni boros tau! kepada yang tak berduit tu, jngan try k! isk, jahatnya!


15. suka mandi sungai! wah ... best mandi sungai! terutama kat kampung, sejuk je air dia. hehehe ... ada gak yang amik kesempatan, siap berak lagi dalam air sungai tu! isk! pengotor!


16. suka download lagu English! ha ... terutama lagu latest2 punya, Lady Gaga semua lagu dia ada, jngan risau! ahakz!


17. bnyak hp! skarang dah 4 hp dah ada ... hahaha! bnyak gf lah tu! kan kan kan? ha ... xpayah nak berselindung! nanti orang tau juga! xdelah, main2 je ... 


18. suka kol, tapi malas mesej! mestilah, kalau perlukan apa2, kol terus, senang! x letih tekan keypad hp tu!


19. suka termenung! ha ... orang pendiam memang macm ni, tapi kalau dia mula bercakap, sampai malam pun x habis bercerita! hahaha ...


20. minat ngan sukan olahraga! itu memang basic bagi seorang atlit kan! asal olahraga aje, memang nak join! dulu x minat game cam ni, tapi lepas dah ikut pertandingan, nak lagi!


21. suka tido lewat! sebab ulangkaji ngan online, so tido lewat sikit! esok pukul 4.20 mesti dah bngun! huhuhu ... mandi and turun sekolah, simple aje life aku ni! hehhe ...


22. tidak suka perempuan yang bercakap seperti menyindir, mengutuk apatah lagi mengatakan pasal kita! rasa nak cekik aje dia tu! isk3 ... x baik tau!


23. suka cium emak! hahahah ... kantoi! anak manja!


24. minat membeli DVD aje! ha ... best kan kalau DVD aje, terang, berbaloi-baloi beli! hehehe ... dahlah movie latest2 plak tu!


25. hujung minggu always pergi panggung! 


aik? habis dah ... heheh! nak tulis lagilah ... huhuhu! ngeeek! orang bagi 25, bagilah 25, nak lebih2 plak! ahakz! okeylah, itu aje yang mampu keyrill buat! 


sekarang nih, na tag orang plak! hurm ... sapa ek? follower aku sikit nih ....



itu ajelah yang dapat keyrill kumpulkan! bukan senang tau ... huhuh! pasni, nak kena bagitau dorang plak yang dorang tu kena tag! adoiyai ... lemah semangat aku nih! ahakz!

4 comments:

tengkorakemas said...[Balas komen ini]

hehe thanks, buat susah2 je, kalau ko fokus exam dulu pun takpe, pasal tag ni jgn risau sgt hehe

anyway, taulah serba sedikit pasal ko skrg..

Keyrill Eduardo Willeyhem said...[Balas komen ini]

@tengkorakemas hehehe...xpe, janji dah buat, senang sikit kerja aku nanti kan... ha! heheeh

AdiE said...[Balas komen ini]

thanx tag cikgu!

~ DanieL AdiE ~

Keyrill Eduardo Willeyhem said...[Balas komen ini]

@AdiEhehehe...welcome, thnk you gak cikgu sebab sudi buat entry...hehehh! take care... ;)